Nalar |
"Buku
ini cukup berguna sebagai sumber rujukan tentang isu-isu keilmuan yang
bersangkut-paut dengan hubungan antara al-Quran dan sains secara
khususnya dan antara agama dan sains pada umumnya. Bukan sahaja ia
bermuat dengan rujukan ayat-ayat al-Quran tentang alam dan sains yang
sudah tersusun secara sistematis mengikut topik-topik yang dikaji dalam
pelbagai sains tetapi juga dengan penalaran penulis terhadap fakta dan
pengetahuan sains yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Isi
kandungan buku ini menjadi lebih bermakna lagi kerana penulis turut
memuatkan dua bab, masing-masing tentang al-Quran dan akal dan tentang
al-Quran dan bahasa Arab justeru kerana akal dan bahasa Arab mempunyai
posisi penting dalam tafsir saintifik (al-tafsir al-‘ilmiy). Dr Agus
Purwanto harus dipuji dan diberi tahniah kerana menulis buku ini yang
boleh memberi banyak manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat."
(Osman Bakar, PhD Profesor Emeritus Filsafat Ilmu University of Malaya Kuala Lumpur Penulis Tauhid dan Sains)
(Osman Bakar, PhD Profesor Emeritus Filsafat Ilmu University of Malaya Kuala Lumpur Penulis Tauhid dan Sains)
1 komentar:
Assalamualaikum pak, akhir2 ini saya senang sekali melihat persentasi bapak di Paris mengenai bedah buku Ayat-Ayat Semesta dari Youtube,
Namun ada yang menarik dari perkataan bapak mengenai pernyataan Laplace atas konsekuensi teori Materi tidak bisa diciptakan maupun dimusnahkan. Lalu bagaimana dengan Energi yang sebenarnya teorinya itu sama persis, menurut bapak? apalagi jika melihat teori relativitas Energi, energi itu sesuatu yg berbeda dari materi setelah mengalami kec.cahaya kuadratik.
mohon penjelasannya. terimakasih.
Posting Komentar